Jumaat, 1 Ogos 2008

Bab 2.... Zaman Batu

Zaman Paleolitik


  • Ahli sejarah berpendapat Zaman Paleolitik meliputi tempoh masa 200 000 tahun hingga 300,000 tahun dahulu
  • Ciri-ciri masyarakat Zaman Paleolitik adalah seperti berikut:

    Lokasi
    i. Kota Tampan, Perak
    ii Bukit Jawa, Perak iii Bukit Bunuh, Lenggong, Perak
    iv Gua Niah, Sarawak
    v Tingkayu, Sabah
  • Ciri-ciri penempatan dan masyarakat
    i. Hidup berpindah randah atau nomad
    ii. Tinggal di gua dan sekitar kawasan tasik
  • Kegiatan utama
    i. Memburu binatang
    ii. Memunggut hasil hutan seperti buah-buahan
    iii. Mengamalkan cara hidup sara diri
  • Peralatan
    i. Menggunakan alat batu untuk menumbuk, memburu dan mempertahankan diri dalam kehidupan seharian
  • Kepercayaan
    i. Mengamalkan kepercayaan animisme
    ii Mengamalkan upacara perkuburan

Zaman Neolitik

  • Mengikut para pengkaji sejarah, Zaman Neolitik bermula 7000 tahun dahulu
  • Ciri-ciri masyarakat zaman ini adalah seperti berikut

    Lokasi di Malaysia

    i. Gua Cha, Kelantan
    ii. Bukit tengkorak, Sabah

    b. Ciri - ciri penempatan dan masyarakat
    i. Tinggal di gua yang berhampiran dengan sungai
    ii. Membuat pembahagian kerja
    iii. Wujud sistem bermasyarakat
    iv. Mempunyai seorang ketua

    c. Kegiatan utama
    i. Bercucuk tanam
    ii. Menangkap ikan
    iii. Menternak binatang
    iv. Berburu
    v. Memungut hasil hutan
    vi. Membuat barang kemas seperti kalung, anting-anting dan gelang

    d. Peralatan
    i. Menggunakan alat batu seperti beliung dan pemukul kulit kayu
    ii. Mencipta tembikar, bekas air, periuk dan belanga

    e. Kepercayaan
    i. Mengamalkan kepercayaan animisme

Zaman Logam

  • Zaman logam bermula kira-kira 4000 tahun dahulu.
  • Manusia telah mula mencipta alat gangsa dan besi
  • Antara ciri-ciri Zaman Logam ialah

    a. Lokasi
    i. Sungai Tembeling, Pahang
    ii. Gua Harimau, Perak
    iii. Chankat Menteri, Perak

    b. Ciri-ciri penempatan dan masyarakat
    i. Nuka hidup secara menetap di satu tempat
    ii. Penempatan berdekatan dengan sungai dan ada segelintir tinggal di gua
    iii. Mempunyai adat resam

    c. Kegiatan utama
    i. Bercucuk tanam
    ii. Menangkap dan menternak binatang
    iii. Berburu
    iv. Berdagang secara bertukar barang

    d. Peralatan
    i. Mencipta alat logam daripada gangsa dan besi

    e. Kepercayaan
    i. Sudah mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup tertentu
    ii. Mengamalkan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu

2 ulasan:

Charmaine_❤ berkata...

terima kasih atas nota sejarah cikgu ini...

Hakimi berkata...

nota sejarah yg cikgu ini bagi memang berguna...tapi..sampai bab 2 je ke?