Rabu, 6 Ogos 2008

Coklat Minda

Berminat ... sila hubungi
Zahari / Norlin
0133110455 / 0133110442

Pengenalan


Coklat Minda jenama Hijrah adalah satu produk pemakanan yang unik dan berinovasi. Ianya dihasilkan melalui adunan pemakanan yang mempunyai nilai khasiat semulajadi, halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Pemakanan. Sangat berkhasiat serta memenuhi keperluan diet seorang pelajar. Dalam bentuk tablet, mempunyai rasa yang enak/sedap, senang dibawa kemana-mana, pengambilan (kunyah ianya lembut) dan penyimpanan yang mudah.

Coklat Minda mampu bertindak sebagai pemuliharaan EQ dari aspek:

  • Khasiat pemangkin (catalyst) yang berupaya mempertingkatkan daya penguasaan kebijaksanaan perasaan.

  • Khasiat perangsang (stimulator) yang boleh menambah keupayaan penggunaan kedua-dua kemahiran perasaan (mental) dan kemahiran lahiriah (jasmani) secara semulajadi di dalam diri pelajar itu sendiri.

  • Khasiat penjana (energizer) yang mampu membekalkan tenaga secara semulajadi untuk proses pembelajaran yang memerlukan tahap tumpuan yang tinggi secara istiqamah dengan keupayaan mengawal perasaan dan minda dengan bijaksana tanpa perhatian dan kawalan berlebihan oleh pihak lain.

  • Membekalkan sumber pemakanan yang lengkap dan seimbang dengan khasiat yang amat diperlukan oleh tubuh, khususnya untuk keperluan organ otak bagi menjana emosi yang stabil serta minda yang cerdas dan cergas.

Khasiat Dan Kebaikan

  • Meningkat dan Menguatkan Anda seorang pelajar dan sentiasa memerlukan daya konsentrasi yang baik, tetapi anda cepat lupa maklumat yang telah dibaca atau tidak fokus apa yang diajar oleh guru.

  • Mengatasi Anda juga mengalami fobia dan sentiasa di dalam tekanan. Semasa peperiksaan anda sering rasa gugup, masih berdebar-debar dan ‘blank’ walaupun telah membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan.

  • Memulihkan Fikiran terasa begitu lembap/kosong, kurang daya kreativiti dan berfikiran negatif, tidak ceria (pemarah/pemalu/rendah diri) kerana kurang berinteraksi.

  • Mengekang Rasa ‘give up’ walaupun perkara yang mudah, senang tetapi terasa begitu susah dan cepat mengaku kalah

Impak Awal Semasa Pengambilan Produk

  • Fikiran terasa segar dan mampu berfikir dengan lebih tenang.

  • Mudah mengimbas kembali maklumat yang dibaca.

  • Keupayaan belajar akan lebih bertenaga, mampu mengekalkan konsentrasi untuk jangka waktu yang lebih lama.

  • Pemulihan ‘mood’ kepada lebih ceria dan positif. Rasa lebih bersemangat dan yakin boleh.



Koko

Selain daripada mempunyai perbagai khasiat yang diperlukan oleh tubuh manusia, koko/coklat juga begitu sinonim dengan ungkapan positif emosi seperti sayang, rasa cinta dan keceriaan. Secara perbandingan, koko/coklat mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama. Kajian telah membuktikan bahawa koko/coklat mengandungi khasiat makanan yang seimbang.
(Sumber: Chocolate: Facts On Health and Nutrition For Educators and Health Professionals, Chocolate Manufacturers Association of the USA). Gotu Kola (Pegaga)


Pemakanan yang menjana tenaga yang disimpan oleh badan, dan secara khusus sangat berguna membantu sistem saraf (nervous system). Gotu Kola ada kala digelar food for the brain. Di negara barat ianya sangat popular sebagai ‘nerve tonic’ untuk megurangkan ketegangan dan menguatkan daya ingatan. Gotu Kola membantu mengatasi ‘stress’, memulihkan ‘reflexes’ dan meningkatkan kecerdasan mental dan tenaga fizikal. Triterpenes yang terdapat pada Gotu Kola bertindak melegakan ketegangan dan kerunsingan (antidepressant activity).
(Petikan kajian oleh Zhong Yao Cai. 2003 Dec;26(12):870-3).



Kacang Soya


Kacang soya menawarkan complete protein profile dan mengandungi semua essential amino acids yang diperlukan oleh diet seseorang. Kacang soya bukanlah sejenis pemakanan ajaib, tetapi ianya adalah contoh di antara jenis pemakanan yang mempunyai nilai diet lengkap serta mempunyai kesan positif kepada kesihatan.
(Petikan kata: Christine Lewis, Acting Director of the Center for Food Safety and Applied Nutrition's Office of Nutritional Products, Labeling and Dietary Supplements USA).

Susu Kuda

Alternatif kepada mereka yang alah kepada susu lembu (lactose intolerance) kerana gumpalan lemak susu kuda lebih halus dan hampir menyamai susu ibu manusia. Terdapat banyak kajian oleh saintis pemakanan telah melaporkan komposisi protein dan lemak susu kuda adalah yang paling hampir dengan susu ibu manusia. Komposisi lemak dan pecahan protein, menyatakan susu kuda lebih menyamai susu manusia berbanding dengan susu lembu.
(Kajian Godovac Zimmermann et al., 1987; Businco et al., 2000; Horrobin, 2000).








Nur Syuhadah Shahirah bt Junaidi
12 tahun
Sekolah Kebangsaan Jeliang, Manong, Perak.

Simptom

Kurang keyakinan diri.

Perubahan


Peningkatan dari segi akademi dan ko-kurikulum.
Memperolehi keyakinan diri. Mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2007.









Mohd Ashraaf b Mohd Fakaruddin
12 tahun
Sekolah Kebangsaan Trosor, Sg. Siput, Perak.

Simptom

Sukar mengingati apa yang di pelajari.
Sering mengantuk dalam kelas.
Sukar fokus semasa dalam darjah.

Perubahan

Mudah mengingati pelajaran.
Mudah memberi tumpuan kepada pelajaran. Mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2007.




Nor Shazila Hanim bt Mohd Sani
11 tahun
Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah, Kuala Kangsar, Perak
017 524 3314
(En. Mohd Sani - bapa)

Simptom

Sukar mengingati apa yang di pelajari.
Prestasi pelajaran sederhana.
Sukar fokus semasa dalam darjah.

Perubahan

Prestasi pelajaran meningkat, terbaik dalam kelas
Mudah memberi tumpuan kepada pelajaran. Lebih fokus dalam kelas dan aktif dalam ko kurikulum sekolah.


Soalan-soalan lazim berkenaan Coklat Minda:




1. Apakah dia Coklat Minda?

Coklat Minda ialah makanan berfungsi (functional food) yang mengandungi khasiat-khasiat penting yang diperlukan otak untuk berfungsi baik dalam kehidupan sehari-hari.

2. Bagaimanakah rupa dan rasa Coklat Minda?

Bentuk dan rasanya sedap seperti coklat bermutu tinggi kerana ianya dibuat supaya digemari oleh semua peringkat umur. Jadi tiada masalah bagi ibu-bapa untuk menyuruh golongan muda dan kanak-kanak mengamalkan memakannya. Ia tidak mengandungi pewarna tiruan.

3. Berapa banyakkah isi dalam sebotol Coklat Minda?

Sebotol Coklat Minda mengandungi 60 biji coklat yang cukup untuk kegunaan sebulan jika seorang pengguna memakan 2 biji sehari. Ada juga pengguna yang memakan 4 biji Coklat Minda sehari bila keadaan memerlukan seperti bila menyediakan tugasan yang mencabar minda atau membuat persediaan untuk peperiksaan.

4. Bagaimanakah cara pengambilan Coklat Minda?

Makan Coklat Minda sebelum sarapan pagi sekurang-kurangnya 2 biji bagi pengguna berumur 7 tahun ke atas.
Bagi yang berumur di bawah 7 tahun, ambil 1 biji sahaja. Biarkan coklat ini hancur di dalam mulut dan diikuti dengan meminum air kosong.
Jika mahu anda boleh ulangi kadar yang sama sebelum makan malam.

5. Selamatkah Coklat Minda dimakan melebihi kadar yang dicadangkan?

Coklat Minda adalah sejenis makanan berkhasiat dan bukan ubat. Jadi ianya selamat dimakan seperti juga coklat lain. Setakat ini, tiada khabar berkenaan kesan-kesan negatif atau tidak menyenangkan diterima dari pengguna yang makan mengikut cadangan mahupun yang makan lebih.

6. Mengapakah hanya sedikit Coklat Minda diperlukan setiap hari?

Kerana Coklat Minda dibuat menggunakan bahan-bahan istimewa bermutu tinggi seperti koko, susu kuda dan ekstrak pekat soya dan ekstrak Gotu Kola (pegaga).


7. Apakah perbezaan antara Coklat Minda dengan lain-lain produk minda di Malaysia?

Pertamanya, Coklat Minda bukan ubat-ubat atau pil-pil glukos homeopati yang dibuat untuk meransang minda secara rawatan. Kami berpendapat pengguna tidak sakit mindanya, jadi mereka tidak memerlukan rawatan. Otak memerlukan zat-zat tertentu yang tidak semestinya sama dengan keperluan badan. Seorang yang kenyang perutnya tidak bermakna otaknya juga “kenyang” dan mendapat semua zat-zat penting. Jadi Coklat Minda diformulasikan untuk membekalkan zat-zat yang diperlukan oleh otak untuk berfungsi dengan baik seperti sepatutnya.



Keduanya, Coklat Minda dibuat dari bahan-bahan pekat bermutu tinggi yang juga tinggi kosnya pada kadar yang berkesan kepada pemakannya. Bagaimanapun ianya dijual dengan harga berpatutan dengan untung yang sedikit supaya mampu dibeli berterusan oleh penggunanya. Diharap, sambutan dari pengguna yang mencukupi akan membolehkan syarikat terus beroperasi untuk kebaikan semua pihak.

Tiada ulasan: