Khamis, 31 Julai 2008

Nota Sejarah Tingkatan 1 (Bab 1)

Tujuan Dan Faedah Mempelajari Sejarah


  • Membuat penilaian mengenai sesuatu peristiwa

  • Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa
  • Mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa

  • Memberi semangat agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mengulangi keagungan
    negara seperti pada Zaman Kegemilangan Melayu Melaka

  • Sentiasa beringat dan berwaspada supaya sesuatu peristiwa yang tidak diingini tidak akan berulang

  • Memupuk semangatpatriotisme iaitu perasaan cintakan tanah air
  • Membantu mwmbuat ramalan pada masa hadapan iaitu tentang sesuatu peristiwa

  • Semangat cinta yang menebal dan sanggup berkorban untuk mempertahankan negara

Ciri-ciri sejarah

  • Terbahagi kepada dua Fakta yang tepat dan benar
  • Fakta atau maklumat sejarah bermaksud peristiwa tempat dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya berdasarkan sumber yang sahih
  • Fakta sejarah tidak boleh direka dan tokok tambah
  • Fakta sejarah juga perlu dipertangungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya.
  • Contohnya d. Penemuan arkeologi Kota Tampan, Perak membuktikan penempatan awal di negara kita bermula sejak 35,000 tahun dahulu

Penting dan bermakna

  • Mengingati tarikh lahir, tarikh sambutan hari kebangsaan hari guru dan segala kejadian berkaitan dengannya adalah adalah sebahagian daripada sejarah
  • Setiap orang akan sentiasa mengingati tarikh kelahirannya kerana ia amat masyarakat dan negara
  • Kad pintar amat bermakna kepada kita kerana kad tersebut mengandungi maklumat pengenalan diri, lessen memandu, jenis darah, jenis penyakit yang dihidapi dan sebagainya
  • Tarikh lahir, tarikh perkahwinan seseorang atau tarikh kematian seseorang yang rapat dengan kita adalah tarikh yang amat bermakna kepada seseorang
  • Kad akuan Nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam juga mengandungi maklumat penting tentang perkahwinan seseorang Majlis seperti Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Pekerja adalah untuk menghargai guru dan pekerja

Sebab dan Akibat

  • Sejarah juga menjelaskan mengapa sesuatu peristiwa itu berlaku dan kesan daripada peristiwa atau sebab dan akibat
  • Pengkaji sejarah perlu mengkaji perkara di bawah untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa a. apa b. siapa c. bila d. di mana e. mengapa f. bagaimana peristiwa itu berlaku
  • Sebagai contoh: Kemasukan kaum imigran Cina dan India ke Tanah Melayu semasa zaman penjajahan British telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara ini yang mempunyai budaya dan amalan sendiri

Sumber Sejarah

  • Sumber Sejarah terbahagi kepada dua a. Sumber pertama atau sumber primer b. Sumber kedua atau sumber sekunder

Sumber Pertama

  • Dikenali sebagai sumber primer
  • Sumber iini ialah kumpulan sumber atau bahan asli, belum ditafsirkan, diolah dan dicetak
  • Sumber primer adalah dalam bentuk a. kertas b. fosil c. artifak d. keterangan lisan
  • Contoh-contoh sumber pertama ialah a. Surat peribadi b. Diri c. Manuskrip yang belum dicetak d. Batubersurat
  • Ahli sejarawah digalakkan menggunakan sumber pertama kerana ia akan membawa sejarawan menghampiri situasi sebenar yang berlaku Muzium negara dan arkib negara merupakan tempat menyimpan bahan-bahan yang boleh dirujuk
Sumber Kedua
  • Dikenali sebagai sumber sekunder
  • Sumber kedua terdiri daripada bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan yang bertulis
  • Sumber ini merupakan sumber kedua bahan yang ditulis dan ditafsir oleh sejarawan
  • Contoh-contoh sumber kedua ialah a. Buku b. Endiklopedia c. Majalah dan surat khabar d. Buku teks e. Rencana f. Jurnal g. Laporan tahunan jabatan h. Risalah
Kaedah Sejarah


Kaedah Lisan

  • Sumber lisan ialah sesuatu yang duucapkan atau diberitahu oleh orang sumber

  • Ahli sejarah memperolehi maklumat sejarah malalui cerita-cerita lisan atau pengucapan oleh seseorang tokoh
  • Maklumat yang diperolehi terus daripada responden melalui ucapan, penceritaan dan perbualan dinamakan kaedah lisan
  • Sumber sejarah yang diperolhi melalui akedah lisan berkait rapat dengan sastera rakyat seperti mitos, lagenda dan puisi
  • Ahli sejarah perlu mengelakkan diri daripada memasukan undur tokok tambah
  • Ilmu sains dan teknologi menyebabkan televisyen, internet, televedio, cakera padat pita rakaman menjadi sumber lisan utama. Ini juga dikenali sebagai kaedah pandang dengar
  • Menonton berita dan liputan secara langsung melalui televiisyen dianggap sebagai sumber lisan
  • Kaedah mendapat sumber lisan yang lain ialah a. Temu ramah b. Penceritaan
  • Kaedah temuramah dan penceritaan ini bertujuan untuk mendapatkan latar belakang ataupun pandangan daripada seorang tokoh

Kaedah Bertulis

  • Kajian terhadap sesuatu fakta juga boleh didapati daripada bahan bertulis
  • Pengkaji telah menggunakan alat-alat di bawah untuk mentafsir fakta yang diperolehi a. Catatan perjalanan b. Diari c. Tujuan dan gambar pada kulit binatang d. Duit syiling e. Daun f. Kesan pahatan di batu nisan atau di dinding gua, daun kayu, kulit kayu g. gading dan kertas h. surat I Manuskrip
  • Melalui sumber yang ditulis dilakar dan di pahat membantu sejarawan memperolehi maklumat mengenai Sesuatu perkara Peristiwa Tokoh Kejadian Perundangan Adat resam
  • Contoh sumber bertulis ialah Sejarah Melayu mengenai Kesultanan Melayu Melaka

Kaedah Arkeologi

  • Melalui kaedah arkeologi, fakta yang diperolehi didapati dengan proses gali cari bahan- bahan purba yang tertanam di dalam tanah atau dasar laut
  • Ia juga merupakan kaedah saintifik
  • Bahan yang dijumpai dipanggil sebagai artifak
  • Kebanyakan bahan ini disimpan di Muzium atau Arkib
  • Artifak ini dapat menjelaskan kegiatan dan kebudayaan manusia zaman dahulu
  • Melalui proses pentakrihan radiokarbon, ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah dapat disahkan

Pentafsiran Sejarah

  • Tafsiran sejarah boleh menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna, berfaedah atau sebaliknya

  • Pengkaji sejarah perlu mengkaji dan membuat penyelidikan mengikut tatacara yang betul dan tepat
  • Tafsiran sejarah adalah berbeza mengiktu kaca mata antara ahli sejarah
  • Tafsiran sejarah boleh berbeza kerana seseorang pengkaji cenderung untuk mendorong sesuatu pihak
  • Perkara ini dikaitkan dengan bias atau kecondongan dalam sejarah
  • Ahli sejarah atau pengkaji sejarah perlu menilai dan membuat pentafsiran tentang sesuatu peristiwa sejarah dengan jujur dan bertanggungjawab
  • Tafsiran yang benar dan tepat bertujuan untuk memberi maklumat yang benar kepada masyarakat tentang sesuatu peristiwa itu

Tujuan Dan Faedah Mempelajari Sejarah

  • Membuat penilaian mengenai sesuatu peristiwa
  • Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa Mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa
  • Memberi semangat agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mengulangi keagungan negara seperti pada Zaman Kegemilangan Melayu Melaka
  • Sentiasa beringat dan berwaspada supaya sesuatu peristiwa yang tidak diingini tidak akan berulang
  • Memupuk semangatpatriotisme iaitu perasaan cintakan tanah air
  • Membantu mwmbuat ramalan pada masa hadapan iaitu tentang sesuatu peristiwa
  • Semangat cinta yang menebal dan sanggup berkorban untuk mempertahankan negara

Khamis, 24 Julai 2008

Lagu Merehatkan Minda

Yanni - One Man's Dream


Yanni – Prelude n nostalgia

I'tiraf

Selasa, 15 Julai 2008

Lauk pauk (edisi1)

DAGING MASAK MERAH







Bahan-Bahannya:
300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm Asos tomato
4 sudu besar cili kering (dikisar)
Sedikit kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara Menyediakannya:

1. Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga
empuk. Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm.

2. Panaskan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya.
Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan
sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air.

3. Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak
kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika
& angkat.


**********
GULAI TULANG BERSAMA LABU







Bahan-Bahannya

1 Kilo Tulang Lembu (Tulang Rusuk)
1 Biji Labu Hijau (Labu Air) dipotong 12
1 Biji Kelapa diambil Santan
1 Bungkus Rempak Kari Daging (Cap Adabi)
2 Biji Bawang Besar
2 Biji Bawang Puteh
20 Tangkai Lada Kering
1 Batang Kulit Kayu Manis (patahkan 4)
Asam Jawa (Sebesar Ibu Jari)
1 Sudu Makan Garam Kasar
1 Senduk Minyak Masak (untuk menumis)
dan sedikit serbuk perasa

Cara Membuatnya

Basuh Tulang tersebut sehingga bersih, masukkan kedalam
periuk dan rebus sehingga empuk.
Blendkan Bawang bersama Lada Kering, tuangkan kedalam mangkuk
masukan Rempah Kari Daging dan masukan sedikit Santan kacau
sehingga sebati, panaskan periuk bersama minyak masak apabila dah
panas tumiskan Bawang Putih bersama Kulit Kayu Manis, apabila naik
bau masukan bahan yg didalam mangkuk tadi,
Tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukan Labu Hijau tumiskan
labu sehingga layu dan masukan Tulang Rebus tadi kacau hingga sebati
kemudian masukan Santan kacau lagi biarkan selama 10min.
Apabila sudah mendidih masukan Asam Jawa tadi bersama dengan bijinya
dan apabila gulainya telah masak masukan garam dan serbuk perasa.
eeemmmm sedia untuk dihidang bersama nasi panas-panass......
sedap jika makan bersama Sambal Belacan Arab dan juga Daging Goring
Lada Hitam

SAMBAL BELACAN ARAB





Bahan-Bahannya

a) 2cm Belacan
b) 5 Biji Lada Merah
c) 5 Biji Cili Padi (Lada Burung)
d) 5 Biji Bawang Merah Kecil
e) 1 camca Minyak Masak
Sedikit Garam
Sedikit Gula
Sedikit Serbuk Perasa
2 Biji Asam Limau

Cara Membuatnya

Masukkan 1 camca Minyak kedalam kuali, semua bahan
a,b,c,& d, digoreng sehingga naik bau (5 min),
Masukkan kedalam Lesung batu tumbuklah sehingga lumat,
selepas itu masukkan garam diikuti gula dan akhir sekali masukkan air Asam Limau dah siap... sedia untuk dihidang bersama ulam-ulaman


DAGING GORENG LADA HITAM





Bahan-Bahannya

1 kilo @ ½ kilo Daging
5 Biji Bawang Merah Kecil (ditumbuk jgn terlalu halus)
1 Sudu Makan Lada Hitam (ditumbuk jgn terlalu halus)
Sedikit Minyak Masak (untuk mengoreng)
½ Camca Garam Halus
I Camca Serbuk Kunyit

Cara Membuatnya

Basuh Daging sehingga bersih, masukan Daging kedalam kuali,
rebus daging tanpa air apabila air daging telah kering
Masukkan Garam Halus diikuti Serbuk Kunyit kacau rata dan
masukkan Minyak Masak, goreng sehingga garing apabila sudah
garing masukan Bawang Merah dan juga Lada Hitam, kacau selama
5min sahaja. Kemudian angkat dah masak sedia untuk dihidang.

GULAI LEMAK CILI API JENGKOL








Jering
Ikan bilis dalam segenggam
Cili api (10 biji kalau pedas lagi ngam)
Kunyit idup ( 1/2 cm)
Bawang kecil 1 cukup ler
Belacan sikit shj
Daun kunyit
Santan dari sebiji kelapa

Caranya:
Rebus dulu jengkolnya hingga empok kemudian ditumbuk kasi lebar sikit tapi jgn ler sampai pecah. Bila dah tumbuk semua masukkan dlm periuk ler....

Cili api, bwg kecil, kunyit & belacan ditumbuk halus. Bila dah halus gaulkan dengan jengkol tadi masukkan ikan bilis sekali dan daun kunyit.
Akhir sekali masukkan santan dan masaklah.rasa garam bila dah ok ...hidang ler.

Resepi yg sesuei dimakan bersama gulai jengkol nih...

Gulai cili api jengkol
Sambal tempoyak
Ikan masin
Ikan kembung goreng garing
Sayur taugeh tumis(taugeh ngan tahu goreng + kicap sikit)
ulaman

Airnya air es limau pasti enakan.cubalah..utk makan tghari...aduhh

Sambal Tempe Lokan







.

Bahan A
satu gengam cabai kering ( kalau nak pedas, boleh tambah )
1 labu bawang besar.
3 ulas bawang merah.
3 ulas bawang putih
1 keping balacan
1 batang serai
setengah inci halia.

Bahan B
2 sudu besar yogurt ( dimasukan akhir sekali )
RM1.00 Tempe ( dipotong dan digoreng dahulu )
RM3.00 Udang Basah ( buang kulit dan dibersihkan )
RM4.00 Lokan basah ( direbus sekejap )
( lokan boleh didapati ditepi sungai pasar tani )
Lokan kalau direbus jangan gunakan air yang banyak.
Ambilkan isinya. Mudah diambil setelah direbus.

Cara - cara membuatnya.

Kisarkan semua bahan bahan A.
Tumiskan bahan A sehingga garing dan bangkit baunya.
Masukkan lokan dan sesenduk besar air lokan.
Kacau dan bubuh garam dan bahan perisa secukup rasa.
Masukkan tempe dan udang, kacau lagi dgn perlahan.
Akhir sekali masukkan yogurt .kacau sekata.
Agak pekat. Boleh lah di angkat dan dihidangkan semasa panas.

**********


.......nanti saya carikan resepi yang lain untuk kawan-kawan mencuba












Kerja projek Muhsin

Bekas Air Serbaguna

Blog Muhsin

Isnin, 14 Julai 2008

* kuih untuk sarapan pagi & minum petang (edisi 1)







Apam Gula Hangus

Bahan-Bahan:
5 biji telor ayam
1 cawan gula pasir
¾ cawan susu pekat manis 2 cawan tepung gandum (diayak)
½ cawan gula pasir (dibuat gula hangus)
½ cawan air (dimasukkan dalam gula hangus)

Cara:

Pukul telor bersama gula hingga kembang masukkan susu pekat manis dan pukul lagi kemudian masukkan tepung gandum sedikit-sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi dan dikacau sebati. Tuangkan adunan dalam bekas untuk dikukus selama 40 minit.

Cadangan Hidangan:
Kalau suka boleh juga dikukus dalam acuan kecil-kecil.

Tambahan:
Sekiranya terasa manis kurangkan sedikit gula


***********








Apam Madu


Bahan-Bahan:

1 cawan gula
2 cawan tepung
4 biji telur
½ cawan minyak mazola
1 sudu kecil bikarbonat soda
1 sudu kecil baking powder
1 cawan air
½ sudu kecil esen vanila
½ cawan koko

Cara:
1. masukkan semua bahan ke dalam besen dan gaulkan.
2. gaul sampai halus
3. kukus sehingga masak

Cadangan Hidangan:
jika hendak bahagian atas apam kilat,apabila apam sudah masak, buka penutup pengukus dan kukus sebentar dengan ini, bahagian atas apam akan berkilat

Tambahan:
serbuk koko tidak perlu diletakkn terlalu banyak kerana ia akan pahit



**********









Bingka Ubi Kayu


Bahan-Bahan:
1 kg ubi kayu
Gula pasir
4 sudu gula merah ½ mangkuk pati santan
Sedikit garam



Cara:
Ubi kayu dibersihkan kulitnya kemudian diparut.
Setelah itu dibuangkan airnya dan gaulkan dengan gula pasir, pewarna kuning dan pati santan secukup rasa.

Gaulkan hingga sebati. Tekan adunan ke dalam loyang pembakar kemudian bakar hingga masak.


**********









Apam Susu


Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
4 sudu susu pekat manis (ikut manis yang dikehendaki)
1 biji telur
garam secukup rasa
mentega untuk menggoreng

Cara:
Gaulkan tepung gandum bersama air sehingga sebati. Pastikan tepung cair ala-ala tepung tosei. Masukkan telur, susu dan garam. Gaul hingga sebati.

Panaskan kuali dan sapukan sedikit mentega. Goreng dengan menuang sedikit adunan ke dalam kuali dan leperkan dengan menggunakan senduk seperti ala-ala tosei jugak.
Cadangan Hidangan:
Sedap di makan semasa masih panas atau sejuk.


**********






Bingka Pandan Kukus

Bahan-Bahan:
1 cawan air
½ camca garam
2 cawan abu kayu parut
½ biji kelapa, diparut
Beberapa titik bahan pewarna merah Bahan Sirap:
½ cawan air
125 gm gula melaka
1 helai daun pandan, disimpulkan

Cara:
Gaulkan ubi kayu, air & bahan pewarna dalam sebuah periuk. Kukuskan selama 1/2 jam atau hingga masak. Biarkan sejuk. Potong kepada bentuk-bentuk yang disukai. Gaulkan garam dengan kelapa parut. Balutkan kepingan-kepingan bingka dalam kelapa parut bergaram ini & isikan ke dalam pingan.

Cara membuat sirap:
Satukan gula melaka, air & daun pandan dalam sebuah periuk & panaskan hingga larut. Besarkan api & didihkan hingga menjadi sirap yang pekat. Tapis ke dalam sebuah mangkuk. Hidangkan kuih bingka dengan sirap itu.


***********


selamat mencuba.....edisi kedua akan menyusul.....makan bersama keluarga menambah bahagia

pengenalan

Salam hormat......berkunjung dan bertukar fikiran untuk kemajuan diri.....manfaatkan ilmu yang ada walaupun hanya sebesar hama